Royal Black
Assalamualaikum
I'm the owner of this blog :)
This blog is my diary exclusively for me
to express all that is in my heart
whether happy or sad,
and all of my feelings.
I will not expose my identity in public.
I will express myself with the name of
'saya or aku' :)
Isi Hati Yang Sudah Lama Terpendam
Monday 22 April 2013 | 22:17 | 0 comments

Assalamualaikum dunia :D
Assalamualaikum Dear Diary...

Rasa-rasanya dah lama aku tak borak dengan Diary aku ni kan, cian Dear diary aku ni.
Takpe2, hari ni aku nak luah something yang dah lama aku simpan. 
Cerita aku ni dah lama dah, masa zaman sekolah dulu...

Ceritanya bermula camni...
Masa aku form 2 dulu aku rapat sangat dengan member aku ni tauu.
Hurm, nak bagi nickname apa ekk? Haaa... kita bagi nama A lah (:
Aku rapat gila2 dengan dia, ke mana2 berdua. 
Tambah2 kami berdua se roommate kat hostel masa sekolah dulu.
Dalam satu bilik ada 4 orang tapi 2 orang roommate aku lagi tu pindah 
sekolah lain time dorang form 3,
so, masa form 3 tu aku tinggal berdua je lah dengan A.
Segala masalah dikongsi bersama-sama, suka duka bersama.
Tapi aku taktahu mana silap aku.

Ada suatu hari, ada seorang member aku yang lain, aku bagi nama B lah kan.
Dia rajin sangat datang lepak2, borak2 kat bilik aku.
Tapi aku just borak2 gitu2 je.
Member aku yang A tu lah beriye iye dia menyembang dengan B.
Sampai lah ada satu malam ni, aku tunggu je roommate aku si A tu balik bilik.
Aku taktahu lah dia ke mana.
Yelahh, dah lah tinggal berdua, mesti lah aku takut sorang2.
Lagipun tiap2 malam aku dengan A akan baca doa tidur sama2, semuanya sama2,
tapi aku tak lesbian okay??!! Hahaha :D
Time tu aku tunggu dah sampai pukul 1, 2 pagi dah.
A tak balik2 bilik juga.
Aku nangis sorang2 tauu.
Aku sedih dia tinggal aku sorang2.
Aku sabar je. Bila aku bangun esok pagi tu, A takde juga, time nak pegi sekolah baru dia balik bilik untuk siap2 pergi sekolah,
lastly baru aku tahu A dah rapat dengan B. Aku touching sangat.
Yelahh, mana tak sedihnya, bila A ada masalah, aku lah tempat dia mengadu,
bila nak bersuka ria, B yang dia cari, terkilan hati aku :'(
Apa lah nasib aku...

Sampai lah akhir tahun nak dekat pmr yang si A dah tak rapat dengan aku :(
Sedih tauu bila kawan yang kita sayang tak persan langsung perasaan sedih yang melanda diri kita..
Tapi aku redha, aku terima seadanya,
 maybe persahabatan kami tak lebih dari seorang kawan karib,
mungkin dia anggap aku hanya kawan biasa dia, walhal aku sayang dia 
sebagai kawan karib aku.. Aku pasrah... Sampai lah sekarang persahabatan 
adalah sekadar teman biasa...
Member2 aku yang lain pun sedar yang A dah tak rapat dengan aku,
A tinggalkan aku, tapi aku tenang menghadapinya...

Aku tak patah semangat, kawan kan beribu-ribu berjuta-juta, aku tetap mencari kawan baru
untuk mengubati luka di hati. Sebenarnya aku susah nak rapat dengan orang.
Tu lah bila aku dah rapat dengan A, then A buat aku camtu, aku sedih lah, aku dah takde kawan.

Selepas peristiwa tu, bermula lah lembaran baru bersama member2 aku yang baru, 
aku rapat dengan C dengan D pula.
Memang rapat lah, aku mula rapat dengan C dan D beberapa bulan sebelum aku pmr form 3 dulu.
Rapat sampai form 4, tapi apa lah daya kami untuk bertahan dalam sebuah persahabatan, 
C sudah mendapat kawan baru, dia semakin renggang dengan akau dan D :(
Tapi tak mengapa, aku dan D tetap meneruskan persahabatn kami,
malahan aku dan D menjadi teman sebilik dari form 4 sehingga form 5.

Masa form 4 tu, D pernah mencadangkan untuk membuat geng, dia mengajak 
2 orang dari member class dia. Mula2 tu aku setuju juga, tapi lama kelamaan, aku merasakan kami berempat tidak serasi. Jadi aku mengambil keputusan untuk keluar dari geng tersebut, 
D lah orang yang paling kecewa, 
dia jadi tak suka kat aku, aku sayang sangat kat D tu,
cuma aku rasa tak serasi bila D suggest buat geng, aku dah lah tak ngam dengan classmate dia.
Then, awal tahu form 5 tu, keadaan kami berempat agak renggang.
Tapi aku dan D tetap menjadi roommate.
Lama kelamaan D mula memahami, geng kami tu dibubarkan (:
Yelahh, buat apa ada geng kalau tak sepakat dan unite kan. Huuuu...

Aku mula happy menjadi teman baik D.
Masa form 4-5, bilik aku cuma ada 3 orang, dan ada satu kekosongan.
Bila masuk bulan 4 masa aku form 5, ada dapat news! Entah lah bad or good news ¯\_(ツ)_/¯
Ada budak dari sekolah lain pindah masuk sekolah aku.
Katanya dipindahkan kerana ada buat kes.
D ada pesan kat aku, jangan rapat sangat dengan budak baru, 
kalau dah kawan dengan budak baru tu jangan tinggalkan D. 
Aku pun okay je lah, sebab aku yakin aku seorang yang setia pada kawan.
Tapi kawan yang buat aku macam entah apa2 je.

Aku bagi nama untuk budak baru tu E lah kan dalam diary aku ni.
Tamau la bagitau nama sebenar kan.
Sejak E pindah masuk sekolah dan bilik aku, D dan E mjadi makin rapat.
Mula2 tu aku okay lah kan, lama2 tu aku rasa betul2 dipinggirkan.
Sebab mula2 tu kitorang bertiga memeang rapat tau.
Aku pun taktahu mana silap aku.
Aku selalu disisihkan. Aku taktahu lah nasib aku,
nasib aku selalu dipinggirkan oleh kawan2 yang aku sayang.
Aku sedih  sangat tau, aku rasa bila kitorang duduk bertiga, aku jadi macam patung boneka!
Aku benci sangat keadaan aku masa tuu.
D dan E selalu bergurau kasar, aku ni bukan jenis macam tu,
aku tamau sakit kan orang lain.
'Mungkin aku disisihkan sebab perangai aku tak masuk dengan dorang.
Aku bukan nak berlagak, tapi kalau aku duduk dengan kawan2 aku, 
aku jadi rendah diri, tak suka menjol kan diri, aku tak pandai nak sembang, aku tak serasi dengan perangai D dan E. Aku betul2 terkilan dengan dorang. Lagi satu aku terkilan bila 
si D pernah pesan sesuatu kat aku
 masa E mula2 masuk dulu, D ada pesan kat aku, jangan rapat sangat 
dengan budak baru, kalau dah kawan dengan budak baru tu jangan tinggalkan D. 
Sedih yang teramat tau, rupa2 dia yang buat apa yang dia pesan kat aku dulu tuu.
 Dia yang tinggalkan aku demi E. Rasa seolah olah diperkotak katik kan oleh D je tau.. :(

Sampai lah tahap kesabaran aku dah memuncak!
Dorang betul2 tak jaga perasaan aku, apa salah aku.
Dorang suka tinggal aku macam tu je (⌣̩̩́_⌣̩̩̀)
Apalah daya aku, aku selalu sorang2 lah bila dorang selalu pinggirkan aku.
Dear Diary, sedih tak kalau saya langsung tak jenguk awak, langsung 
tak update pape kat blog kita ni?? 
Mesti sedih kan... Macam tu lah perasaan saya bila ditinggalkan kawan.
Kalau ditinggalkan kekasih tape lagi kan. Ni kawan, sedih lahh.
Kita dah selalu kongsi suka duka bersama...
 ~(˘▾˘~) ~(˘▾˘)~ (~˘▾˘)~

Time tahap kesabaran aku memuncak tu lah, perang dingin berlaku antara kami.
Aku mula tak tegur D dan E. Aku nak tunjuk protes, aku ni kalau aku 
merajuk dengan member aku tak tunjuk, aku diam, aku pendam, aku tahan, 
sebab aku takut gaduh. Tapi kali tu memang aku betul2 tak tahan. 
Lebih kurang dua bulan kami tak cakap langsung walau duduk sebilik tauu.
Sedih sangat, memang rutin harian aku time tu ke mana2 hanya seorang.
Aku taktahu nak buat macam mana lagi, taktahan tau.
Daripada aku ditinggalkan, dipinggirkan, baik aku lari dari D dan E.
Aku tak salahkan E, aku cuma sedih dengan sikap D, dia tak pandai nak bahagi kan
masa dia bersama sama. Dia hanya menghabiskan masa bersama E tanpa pedulikan aku.

Huuuuu, bila tibanya birthday D, aku terdetik untuk bagi hadiah kat dia, 
aku bersusah payah mengait satu patung untuk dia, aku nak dia ingat aku 
sampai bila2 walau dia selalu buat aku macam tu. Masa birthday D lah aku dan 
D berbaik baik. E sebenarnya dah minta maaf awal2 dah sebelum D
dia yang datang kat aku dan minta maaf.
Aku dengan hati terbuka memaafkan dia (:

Walaupun kami dah berbaik, tapi perasaan mesra seperti sebelum gaduh tu, dah pupus.
Aku cuma mengganggap mereka hanya kawan biasa walaupun aku sayang dorang sangat2.

Now, kami dah bawa haluan masing2, dorang still buat taktahu tentang aku,
kalau dorang ada plan ke mana2, dorang langsung tak invite aku.
Aku tahu dorang nak hang out pun just dari fb (: 
Aku tamau lah comment apa yang dorang borak kat fb,
aku like je apa yang dorang bualkan, aku nak tengok dorang sedar 
tak kewujudan aku ni, tapi langsung tak dihiraukan.
Okay fine, aku dah sedar diri, aku tak layak untuk bersama korang kan? (:
Takpe2, aku dah sedar sangat2. Aku ni sebenarnya takde nilai di mata korang.
Aku tak berdendam dengan korang sikit pun, malah aku berterima kasih sebab dah 
mendewasakan aku dengan ujian yang diturunkan ni. Aku dah ada 
pengalaman macamana ditinggalkan kawan (:

Terima kasih A, B, C, D dan E sebab pernah menjadi antara watak2 yang terhebat 
dalam hidup saya. Terima kasih membuat saya sentiasa sedar diri.
Thanks for everything! :')
Senyum lah walau apa jua keadaan sekalipun kerana senyum 
adalah penawar untuk segalanya (:

Saya bersyukur sangat walaupun saya dan kawan sekolah rendah saya 
dah bertahun tahun berpisah tapi kami tetap kawan selamanya.
Masih berhubung sehingga sekarang, Thanks awak! 
Kami sahabat selamanya ヽ(*^ー^)人(^ー^*)ノ

Saya dah ada pengalaman apabila berada keseorangan tanpa teman di sisi :)
Terima kasih Ya Allah kerana masih sudi menurunkan ujian kepada hamba Mu ini 
untuk menguji tahap keimanan hamba Mu (:

Dear Diary, story saya sedih kan hari ni, takpe2, awak tolong kuatkan saya eh (:
Saya ada Allah, Dia lah tempat kita mengadu (ღ⌣́_⌣̀ღ)

Okay lah, itu saja coretan saya kali ini, byebye.
Assalamualaikum (:

ILY DEAR DIARY!! 
















0 Comments:

Post a Comment


Thanks sudi baca Diary saya. Saya nak awak comment sikit, bole? ^_^


Old things | New things