Royal Black
Assalamualaikum
I'm the owner of this blog :)
This blog is my diary exclusively for me
to express all that is in my heart
whether happy or sad,
and all of my feelings.
I will not expose my identity in public.
I will express myself with the name of
'saya or aku' :)
Disember Ini
Friday 27 December 2013 | 02:17 | 0 comments


Assalamualaikum uolls :)


Semua sihat ke? Rindu aku tak? Hehe.. Actually, blog ini hanya diari aku semata-mata.. And aku akan post perkara yang berkaitan dengan aku je la eh.. Sesiapa yang sudi baca tu, sila-silakan la baca and kalau rasa ringan tulang sikit, komen la diari a.k.a life aku ni.. Hehe..


Hari ni aku nak cakap pasal aku la, sebab ni diari aku.. Hehe.. Sekarang aku dah jadi budak semester 2, dah up sikit la, dulu sem 1 ada aura2 budak sekolah, cam budak2 sekolah lagi kan. Sekarang dah besaq sikit dah. Hahaha.. Sekarang aku dah berdikari lebih vanyak syiket dari sem 1.. Time nak balik u hari tu pun aku naik bus, daftar semua senirik ja :p kahkahkah...


Nak tau tak time balik u hari tu, aku balik dengan sapa???  Haaa, ce teka?? Hehehe.. Aku balik dengan mamat senior part 5 yang aku cerita kat post before ni... Mak dengan adik aku dah tahu pasal aku kawan dengan dia.. Tapi family aku yang lain taktahu pun pasal aku kawan dengan mamat senior ni.. Time kat stesen bus nak balik u hari tu, baru abah dengan kaklong tahu.. Hehehe.. Diorang okay je tengok..


Aku pun lama2 tu rasa happy je kawan dengan dia, dia tak lokek.. Selalu belanja aku.. Dia ni dikategorikan sebagai orang senang a.k.a kaya la jugak.. Tapi dia suka merendah diri.. Bila cuti je, balik sekali.. Aku rasa selesa dengan dia.. Bila aku Tanya mak dengan adik aku, diorang lagi suka kalau aku bersama mamat senior tu.. Tapi aku masih taktahu kenapa dengan diri aku ni.. Still rasa berat nak lepaskan perasaan aku kat ex aku a.k.a En Sayang dulu tu.. Walhal aku dah rasa aku suka dekat mamat senior ni.. Acewah, skema betul ayat, walhal lagi tuuhh. Hahaha.. Aku dah terus terang kat ex aku tu, tapi dia still nak tunggu aku.. Huhuhu.. Buntuuuu... Ini soal jodoh... Aku hanya mampu tunggu suratan dari allah saja..


Hmmmmmm....


Dalam bulan ni jugak... Abang kandung aku meninggal... Sedih tak terhingga.. First time aku rasa apa yang orang lain pernah rasa bila family sendiri meninggal... Aku tahu aku tak berapa rapat dengan abang aku, aku selalu je gaduh dengan dia, aku tak sempat mintak maaf kat dia masa dia sedar, aku sempat mintak maaf kat dia masa dia koma je.. Aku terkilan sangat.. Aku sedih sangat... Aku sayang sangat abang aku walaupun aku tak rapat sangat dengan dia.. Banyak kenangan kami sekeluarga bersama arwah... Aku rindu sangat dekat abang aku... Aku rinduuuuu :’(  Tapi aku tahu Allah lebih menyayangi arwah.. Allah taknak arwah menderita akibat penyakit yang dialaminya..


Doaku buatmu Arwah abangku Sayang....


Ya Allah, kau tempatkanlah arwah abangku dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Kau jauhkanlah dia dari seksaan kubur dan api nerakaMu, Ya Allah..
Kau lapangkanlah kuburnya, Kau cerahkanlah kuburnya Ya Allah..
Kau ampunkanlah dosa-dosanya, sesungguhnya aku amat menyayanginya Ya Allah..
Tika hidup, dia tidak pernah menyusahkan kami sekeluarga sehingga ke penghujung nafasnya..
Arwah tak pernah mengadu akan kesakitan yang ditanggungnya sehingga akhir hayatnya...
Ya Allah, Kau pertemukanlah kami sekeluarga sama-sama berkumpul di sana bertemu arwah di penghujung dunia nanti iaitu Hari Akhirat kelak...
Amin amin amin Ya Allah..
Amin Ya Rabbal alamin....
Aku akan kenang dikau selalu dalam doa dan sujudku wahai Angah yang ku sayang :’(
Al-Fatihah...


Aku rasa sedih yang teramat sedih, inilah tamparan yang hebat yang pernah aku hadapi sepanjang hidup.. Aku tahu Allah takkan uji hamba-hambanya kalau hambaNya tak mampu lalui..


Ya Allah, kau panjangkanlah umur, perkukuhkanlah iman dan amal kami sekeluarga... Tabahkanlah setiap hati-hati ahli keluargaku... Amin...


Aku rasa setakat ini saja post aku kali ni.. Aku harap kepada sesiapa yang membaca post aku ini, sudi-sudikanlah untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abang aku...


Assalamualaikum...



0 Comments:

Post a Comment


Thanks sudi baca Diary saya. Saya nak awak comment sikit, bole? ^_^


Old things