Royal Black
Assalamualaikum
I'm the owner of this blog :)
This blog is my diary exclusively for me
to express all that is in my heart
whether happy or sad,
and all of my feelings.
I will not expose my identity in public.
I will express myself with the name of
'saya or aku' :)
Disember Ini
Friday 27 December 2013 | 02:17 | 0 comments


Assalamualaikum uolls :)


Semua sihat ke? Rindu aku tak? Hehe.. Actually, blog ini hanya diari aku semata-mata.. And aku akan post perkara yang berkaitan dengan aku je la eh.. Sesiapa yang sudi baca tu, sila-silakan la baca and kalau rasa ringan tulang sikit, komen la diari a.k.a life aku ni.. Hehe..


Hari ni aku nak cakap pasal aku la, sebab ni diari aku.. Hehe.. Sekarang aku dah jadi budak semester 2, dah up sikit la, dulu sem 1 ada aura2 budak sekolah, cam budak2 sekolah lagi kan. Sekarang dah besaq sikit dah. Hahaha.. Sekarang aku dah berdikari lebih vanyak syiket dari sem 1.. Time nak balik u hari tu pun aku naik bus, daftar semua senirik ja :p kahkahkah...


Nak tau tak time balik u hari tu, aku balik dengan sapa???  Haaa, ce teka?? Hehehe.. Aku balik dengan mamat senior part 5 yang aku cerita kat post before ni... Mak dengan adik aku dah tahu pasal aku kawan dengan dia.. Tapi family aku yang lain taktahu pun pasal aku kawan dengan mamat senior ni.. Time kat stesen bus nak balik u hari tu, baru abah dengan kaklong tahu.. Hehehe.. Diorang okay je tengok..


Aku pun lama2 tu rasa happy je kawan dengan dia, dia tak lokek.. Selalu belanja aku.. Dia ni dikategorikan sebagai orang senang a.k.a kaya la jugak.. Tapi dia suka merendah diri.. Bila cuti je, balik sekali.. Aku rasa selesa dengan dia.. Bila aku Tanya mak dengan adik aku, diorang lagi suka kalau aku bersama mamat senior tu.. Tapi aku masih taktahu kenapa dengan diri aku ni.. Still rasa berat nak lepaskan perasaan aku kat ex aku a.k.a En Sayang dulu tu.. Walhal aku dah rasa aku suka dekat mamat senior ni.. Acewah, skema betul ayat, walhal lagi tuuhh. Hahaha.. Aku dah terus terang kat ex aku tu, tapi dia still nak tunggu aku.. Huhuhu.. Buntuuuu... Ini soal jodoh... Aku hanya mampu tunggu suratan dari allah saja..


Hmmmmmm....


Dalam bulan ni jugak... Abang kandung aku meninggal... Sedih tak terhingga.. First time aku rasa apa yang orang lain pernah rasa bila family sendiri meninggal... Aku tahu aku tak berapa rapat dengan abang aku, aku selalu je gaduh dengan dia, aku tak sempat mintak maaf kat dia masa dia sedar, aku sempat mintak maaf kat dia masa dia koma je.. Aku terkilan sangat.. Aku sedih sangat... Aku sayang sangat abang aku walaupun aku tak rapat sangat dengan dia.. Banyak kenangan kami sekeluarga bersama arwah... Aku rindu sangat dekat abang aku... Aku rinduuuuu :’(  Tapi aku tahu Allah lebih menyayangi arwah.. Allah taknak arwah menderita akibat penyakit yang dialaminya..


Doaku buatmu Arwah abangku Sayang....


Ya Allah, kau tempatkanlah arwah abangku dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Kau jauhkanlah dia dari seksaan kubur dan api nerakaMu, Ya Allah..
Kau lapangkanlah kuburnya, Kau cerahkanlah kuburnya Ya Allah..
Kau ampunkanlah dosa-dosanya, sesungguhnya aku amat menyayanginya Ya Allah..
Tika hidup, dia tidak pernah menyusahkan kami sekeluarga sehingga ke penghujung nafasnya..
Arwah tak pernah mengadu akan kesakitan yang ditanggungnya sehingga akhir hayatnya...
Ya Allah, Kau pertemukanlah kami sekeluarga sama-sama berkumpul di sana bertemu arwah di penghujung dunia nanti iaitu Hari Akhirat kelak...
Amin amin amin Ya Allah..
Amin Ya Rabbal alamin....
Aku akan kenang dikau selalu dalam doa dan sujudku wahai Angah yang ku sayang :’(
Al-Fatihah...


Aku rasa sedih yang teramat sedih, inilah tamparan yang hebat yang pernah aku hadapi sepanjang hidup.. Aku tahu Allah takkan uji hamba-hambanya kalau hambaNya tak mampu lalui..


Ya Allah, kau panjangkanlah umur, perkukuhkanlah iman dan amal kami sekeluarga... Tabahkanlah setiap hati-hati ahli keluargaku... Amin...


Aku rasa setakat ini saja post aku kali ni.. Aku harap kepada sesiapa yang membaca post aku ini, sudi-sudikanlah untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abang aku...


Assalamualaikum...




Thanks sudi baca Diary saya. Saya nak awak comment sikit, bole? ^_^

Hati-hati Dengan Hati
Friday 1 November 2013 | 05:30 | 0 comments


Assalamualaikum dunia blog. Hai semua. Hai hai hai ^_^
Dah lama sangat rasanya tak update blog a.k.a diary saya ni. Dah 4 bulan saya tak belek-belek diary saya ni. Hari ni saya baru berpeluang update blog saya ni. Selama ni busy sangat, tak sempat nak update, lagi pun saya mana ada laptop. Hehe. Semester depan baru nak beli.

Selama 4 bulan saya menghilang dari dunia blog ni, banyak kisah suka duka saya yang awak semua taktau. Last saya update pun mengenai ucapan untuk menyambut Ramadhan, kan kan? Hihihi. So, saya rasa saya nak start cerita mengenai perjalanan hidup saya start puasa and raya and so on laaa. Yang sesudi baca tu, baca laa. Hehehe. 

Raya Aidilfitri hari tu saya beli baju raya sendiri, hehe. Guna duit sendiri. Fuhh fuhh! Bangga. Hahaha. Cuba teka warna apa? Apa? Hijo? Blue? Red? Nope! Wrongg!! The answer is YELLOW. First time baju raya kaler kuning. Hehe. Rasa macam anak raja pulok. Kekeke :D
Ermm, nak tahu tak masa sebelum raya masanya, ada la seorang laki ni, dia add saya kat fb. Then saya approve la sebab tengok biodata dia budak satu u dengan saya, tapi dia super senior satu kos. Dia pun chat la dengan saya. Chat punya chat punya chat, sampai la ke msg phone by phone, dia luah perasaan dekat saya. Dia kata dia suka saya, dia kata saya baik, jujur and sewaktu dengannya. Pujian yang melambung, kalah tokoh maal hijrah la katakan, wakaka. Guro je. Saya pun cakap la masih awal lagi la bla bla bla, tapi dia macam tak kisah. Takpe la, saya ignore je perasaan dia, just harap dia faham saya baru lepas break dengan En Sayang saya. Wuuuu T.T Putus bersebab, dimaapkan, takpe. Bila lama2 tu, saya rasa super senior saya makin overessst (paling over). Hahahah. Dia siap cakap pasal kahwin la ape laaa. Saya tak pernah cakap saya suka dia, saya just cakap saya suka kawan dengan dia je, cuma tu!! Lastly, atas nasihat kawan2 baik saya, saya pun berterus-terang dekat dia yang saya sebenarnya masih sayang dekat Ex Sayang saya. Saya tak sangka lepas saya terus terang kat dia tu, dia cakap macam2 kat saya, dia cakap saya ni sosial la, dia tempat saya singgah je la, macam2 la, sakit, pedih, perih.. Wooo! Sakit angat! :'(


Lepas pada tu, saya tak layan dia langsung, then dia baru sedar dia terlalu ikut perasaan sampai cakap macam2 kat saya, dia mintak maaf banyak kali, tapi hati saya dah tak telus dengan kata maaf dia, dah tawar hati. Lepas tu, saya pun maafkan je la, cuma susah nak mesra macam sebelum tu. Lama2 tu, dia buat2 baik dengan saya macam takde pape penah berlaku. Dia contact saya selalu. saya jadi rimas la, kadang2 tu suka tanya tentang saya dekat kawan2 baik saya, saya pun rasa tak selesa. Macam mengganggu ketenangan, ketenteraman orang lain je. Saya pun ambil keputusan, saya cakap kat dia supaya jangan pernah contact saya lagi. Dia pun terkejut, lastly dia akur jugak. Saya pun bahagia la sendirian :D

Tapi lepas satu pergi, satu pulak datang. Ada la seorang mamat lain pulak add saya kat fb. Dia add time2 final exam sem 1. Sebenarnya saya ni jenis susah nak approve friend request orang kat fb, ye laa, kalau tak kenal buat apa nak confirm kan, tapi mamat ni, saya confirm request dia. Sebab... dia satu u dengan saya. Tu je, tapi tak kenai pon. Hahaha. Dia rajin chat dengan saya, saya pun macam nak layan taknak layan je la, sebab tak kenal kan.. Dah lama2 kenal tu, dia add wechat pulak. Bila dah kawan2 lama tu, dah rapat saya pun bagi la no phone kat dia. Dia pun msg2, calling2.. Rupa2, sebenarnya dia dah lama kenal saya. Dia kenal masa mula2 saya daftar kelab persatuan kat u. Dia kata time tu first time dia ternampak saya, terus dia jatuh hati kat saya. Kiranya fall in love for the first sight la ni.. Hehe. Rasa sweet je bila dia cerita camtu. Dia ni senior kat u, tapi kos lain. Dah sem 5 dah pon. But i’m still takde feeling pape kat dia lagi. Cuma kawan suka2 je. Sebab saya masih rasa ada ex saya dalam hati saya, tapi cuba ignore. Huhu. I’m confused :/

Pada 28 Oktober 2013, mak saudara saya meninggal, innalillahiwainnailahirojiun :'( Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, amiinn..

Erm... Ermm... Erm...

Tak lama lagi, saya dah nak masuk semester 2. Yoohoo!! Heee..  Dah besar. Kikiki.. See you next semester yaa.. Daaaa :D

Assalamualaikum Miss Deary ^_^







Thanks sudi baca Diary saya. Saya nak awak comment sikit, bole? ^_^

Happy Fasting Wishes :')
Friday 12 July 2013 | 00:20 | 0 comments

Assalamualaikum semua..
Lama tak dgar khabar. Apa khabar semua?? I miss uolls! Especially My Miss Diary ^_^

Memandangkan sekarang bulan Ramadhan, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut dan Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam di dunia ini ye. Semoga kita semua mendapat rahmat dah berkah dari-Nya (:

Ampun maaf dipinta kpd semua orang. Semoga ibadah yang kita lakukan selama bulan puasa ni diterima olehNya, amin (:

Bagi anak2 perantau yg belajar atau bekerja jauh dari family, dapat kuatkan semangat dan tabah menghadapinya (: Semoga pada hari lebaran nanti kita dapat sama2 berkumpul bersama ahli keluarga tersayang <3

Sekian saja dari saya dalam pos ini.
Assalamualaikum (:




Thanks sudi baca Diary saya. Saya nak awak comment sikit, bole? ^_^

How about my feeling?!
Thursday 4 July 2013 | 09:05 | 0 comments

Assalamualaikum..
Hai semua... Sihat? Rindu kat miss diary saya ni tau (:

Diary kali ni macam nak nangis je tau.. Aku kan student baru kat uni ni. Aku dah ada Sayang aku sendiri. Tapi tanpa aku duga, masa kat u ni ada someone really care about me, he near me.. I have spirit when I look at him. Dia slalu bagi aku semangat untuk belajar, aku jadi macam serba salah bila aku baik dgn dia. Aku tak curang pun dgn Sayang aku. Cuma aku suka kawan dgn someone tu. Tapi aku takut prasaan suka tu akan berputik. Im really scare :( aku takde niat pun nak menduakan sayang aku. Huuu... Kawan aku tu baik, dia suka berkias-kias tau. Kdg2 dia terlalu berterus terang.tapi dia tahu aku dah ada Sayang aku. Aku harap dia faham. Aku taknak amek langkah yang terburu-buru. Bagi aku dua2 baik, masing2 ada cara tersendiri untuk memenangi hati aku. Aku redha atas ketentuanNya. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kat aku. Amiiinn (ღ⌣́_⌣̀ღ)




Thanks sudi baca Diary saya. Saya nak awak comment sikit, bole? ^_^

Pengalaman Pertama di Universiti
Tuesday 25 June 2013 | 10:09 | 0 comments
Assalamualaikum..
Hai Miss Diary (:
 
Bertemu kembali kita di sini.. Well, actually dah lama saya tak update blog, now baru lah ada masa
sikit untukmu sayangku Miss Diary ^_^
 
Post kali ni saya cuma nak cerita pengalaman pertama saya di university..
First time saya menjejakkan kaki ke university, saya rasa sangat2 nervous, yelahhh..
Biasanya duduk asrama sekolah, makan minum ada orang bagi, bila kat university,semuanya sendiri tanggung.. haha.. Berdebar-debar duhh masa first tuu.. Time parents saya nak balik tu, saya sedih sangat, saya nangis je, mereka hanya mampu melihat tangisan saya dari dalam kereta saja... Saya ni manja dengan mak saya, kalau nak berpisah tu sedih sangat. Sebelum ni duduk asrama yang dalam negeri sendiri je. Ni tiba2 dapat university luar negeri saya.. Tapi saya tetap kuatkan semangat... Demi mengejar cita2, ummppphhh!! Fighting! :'D

Masa orientasi seminggu tu memang sangat memenatkan, no time to rest, tidur pun dalam 2 jam je tau :( penat sangatttttt.... what the hell? taksuka gila orientasi dia, dah lah seharian tak mandi! busyukkk! eeeyuuuwww (tutup hidung :P) hahaha...
Setelah seminggu berakhirlah penderitaan orientasi tu... Alhamdulillah...

Banyak suka duka sepanjang tempoh saya kat u ni, walaupun baru duduk taksampai sebulan lagi :(
Yang paling sedih saya bergaduh dengan kawan saya sendiri sebab jealous dia ada kawan baru..
Sampai sekarang takbaik lagi, saya dah minta maaf. Mungkin bagi dia 'tiada maaf bagimu'...
Saya pun pasrah... Saya dah pun melupuskan dia dari kamus hidup saya, apa daya saya nak memaksa dia untuk kawan dengan saya.. hurm...

Hari pun berlari dengan pantas, sesi kuliah pun dah berjalan seperti biasa... Subject2 untuk kos saya very hard, susah! rasa macam amek medic pun ada. hahaha :D
Tapi tu lah, inilah dikatakan kehidupan di university, belajar pun kena search sendiri, takde dah suap2 macam kat sekolah dulu, semua cikgu kasii.... herrrrghh! (T o T)

Now, saya rasa saya macam sekolah je, yelahh mana tak nya, tiap2 hari bangun pukul 5.30, siap2, pastu kena naik bus utk pegi kampus. oh God! for everyday yg ada classsss! Tape lah, sabar sabar, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri cina kan kan :'D

Hurmmm... Pasal kewangan pulak kan... aku ni memang seorang pemboros, pantang Nampak benda2 yang menarik walaupun tak penting, walaupun barang tu dah pun ada, lastly now dah tinggal seringgit dalam saku aku, nanti lah draw duit. Jimat jimat! Aku kena makan biskut je tiap2 hari = kurus + slim + save duit + kaya! wuuuhuuu! :D hahaha...
Lagipun saya tengah tunggu duit ptptn nak masuk ni, taksabarnya nak dapat duit ptptn yang sulung aku nihhh... :')

Lagi... nak cerita apa ekk? haaaa.... Kat sini, coursemate saya ramai panggil saya 'nama artis'...
Especially budak laki... Pastu ada seorang classmate laki saya ni, dia msg saya, dia ajak buat study group dgn dia, tapi saya macam nak tak nak je layan dia... Sampai lah satu tahap ni, saya dah betul2 memang taklayan dia, member perempuan saya cakap kat dia yang saya dah berpunya, then dia cakap 'takpe lah, admirer je lah orang yang dah berpunya'... ayat dia sedih lah pulak, tapi nak buat macam mana, dah aku tak minat kau, karang saying aku jealous, lagi naya... Yang paling best sekarang ni, dia dah tahu aku dah berpunya kan, pastu dia buat2 lah rapat dgn perempuan lain, nak bagi jealous lah kononnya... pirahhh! sikit pun tak... cuma aku sakit hati time nak divide assignment group tu, ada lah member perempuan aku invite dia masuk group aku, pastu dia cakap, 'taknak lah sebab ada AKU...
Hello! Please ah, bajet aku nak sangat group dgn kau! Bole jalan ah weyy!! Caamni eh cara kau... Takdapat perempuan yang kau nak, kau layan dia macam taik... its okay! fine...
Aku pun taksuka kau.. tapi aku respect kau sebab kau pandai... tu jeee.. the end story about budak laki tah pape tuuu...

 Now aku ada masalah ah nak decide... aku dengan sayang aku dah buat satu perjanjian, kalau langgar perjanjian tu, kitorang kena denda, and so now, kitorang terlanggar janji tuu.. so, denda tu macam taksanggup je nak buat, sedihhh :( *in discussing process with him...

Huuuu... Rasanya takde apa dah nak cerita... Dah lewat ni... Esok ada kelas, kena bangun pukul 5.30, caam nak pegi sekolah je... -_-
hahahahahah :D

 Okay bye Miss Diary Sayang...
Iloveyou!!!


Assalamualaikumm.... (:



 
 
 




Thanks sudi baca Diary saya. Saya nak awak comment sikit, bole? ^_^

My Story Now!
Saturday 18 May 2013 | 11:25 | 0 comments

Assalamualaikum semua (:
Dah lama2 sgt tak mengupdate blog, akhirnya dapat juga saya update blog  saya ni, happy sangat, rindu DearDiary ni (:

The post before this post merupakan hari terakhir saya bekerja. Memang sedih prasaan saya masa tu, bercampur aduk rasanya, happy + sedih + marah + dll (: nak tahu cerita sebenar baca lah post saya sblum ni :'(

Alhamdulillah, skrg saya sudah merasa sdikit nikmat ketenangan yg Allah berikan. Mungkin sbb saya meredhakan semua yg dah ditakdirkan dalam hidup saya ni (:
Alhamdulillah Ya Allah (':

Now, berbalik pada realiti saya sekarang. Saya bersyukur sangat sbb dapat tawaran ke matrikulsi dan uitm (: but, the problem is aku dapat uitm mana weyy?!! Apsal surat tawaran tak keluaq lg? Aku harap2 dapat uni yg dekat2 je. Yelah kalau jauh2, susah lah, bajet kos perbelanjaan melambung ke langit wohh! Ingat aku kaya ke, haha :D tape tape bnyak2 berdoa eh (: DearDiary's Readers sekalian, saya harap awak semua doakan kejayaan dan kesejahteraan pemilik DearDiary ni okay? Maksudnya saya lah! Thanks :')

Kalau saya pegi matrix, takut! Takut sempot tgah2 jalan, yela saya takde lah pandai mana pun :| cukup2 makan je nak hidup, hee :D
Btw, saya akan bnyak2 berdoa, istikharah untuk pilih mana yang baik untuk hidup saya (:

Huhuhu, panjang berceloteh ni, dah pagi ni, Sayang saya pun dah kroh kroh dah. Dah lewat ni, mahu tidur (:

Thanks kepada yang sudi membaca (:
Thank DiarykuSayang, ILOVEYOU.
Goodnight :')
Assalamualaikum..

Labels: , , , , , ,




Thanks sudi baca Diary saya. Saya nak awak comment sikit, bole? ^_^

Hariku Gelap :'(
Wednesday 1 May 2013 | 02:27 | 0 comments

Assalamualaikum..

Dear Diary :'(
Saya ada cerita sedih hari ni..
Saya nak luah segalanya kat awak, tapi saya taktahu macam mana nak luah :(

Hurm...
Semalam saya buat surat complaint pasal gaji kat bos tempat kerja saya..
Semua tu saya buat kerana terlalu ikut perasaan..
Dalam surat tu saya meluahkan rasa macam mereka sangat tak adil, 
saya rasa saya buat kerja lebih berbanding rakan kerja saya seorang lagi...
tapi gaji saya dan rakan sekerja seorang lagi lebih kurang sahaja :(
saya merasakan saya patut dapat gaji lebih dari dia,
ataupun kerja yang kami lakukan kena sama rata :(
Dalam surat tu saya buat perbandingan antara saya dengan
rakan sekerja saya seorang lagi tu..


Semalaman di rumah saya gelisah je.. 
taktahu apa respon bos saya esok..

Then, esok saya tu saya masuk kerja,
tadi lah maknanya saya masuk kerjaa...
Bos saya minta saya untuk berjumpa dengan dia...
Dalam pertemuan tu,
bos saya menjelaskan semua mengenai perbandingan tersebut, 
dia kelihatan terkilan dengan surat yang saya bagi kat dia semalam...
Saya berasa serba salah... Saya merasakan akal saya betul2 pendek! Cetek! 
Bodoh lah kau! kenapa bagi surat complaint macam tu kat bos kau!
Bodoh! Bodoh! Emosi sangat.... :'(

Huuuuu... Saya rasa macam dah tak boleh nak teruskan penulisan saya ni.. 
Saat ini saya rasa sangat lemah, tak bermaya, sedih sedih sedih! :(

Tarik nafas Dear, please...
Okay saya sambung...
Saya tak sangka disebabkan surat tu, saya merasakan
keadaan di sekiling saya seperti kelam, gelap, tenggelam di lautan hitam!
Disebabkan surat tu, saya diminta untuk berhenti kerja oleh bos saya...
Lepas tu saya pun memohon maaf, saya meminta diberikan peluang 
kedua untuk bekerja di situ..Tapi saya yang rasa saya tak kuat 
untuk menghadapi orang2 yang terlibat dan baca surat saya itu... 
Mungkin bos aku pun dah tawar hati nak pandang muka aku ni!!! :'(
Cara dia cakap memang lah slow and tenang je, tapi menusuk kalbu...
macam 100% salah aku!! Okay, aku salah....

Now...
Saya rasa betul2 nak berhenti kerja..
Wajar ke saya berhenti kerja Dear?? 
Please give me a response...
Pleaseee....... I beg you Dear..... :'(
I'm not strong.......... :(

Sekarang ni saya betul2 nak berhenti kerja!! 
Tapi mak abah aku taktahu pun aku hantar surat tu kat bos aku,
apa reason aku nak cakap ngan mak abah aku?!! :'(
Tolong lah akuuu!!!
Aku tak tenang sangat ni.... :'(
Hurmm, sekarang ni aku hanya mampu menangis dalam hati je sebab aku
taknak tunjuk kesedihan aku kat semua orang...
Aku cuma luahkan semua ni kat Sayang aku dengan Diary aku niii jeee...

Ya Allah, berikanlah kekuatan padaku, adakah aku patut berhenti kerja?!!
Aku menyesal dengan sikap aku yang terburu buru dan terlalu emosi ni..
Aku harap kepada pembaca yang ada terbaca Diary aku ni,
korang semua jangan lah bertindak sesuka hati korang, tambah2 bila 
korang bekerja di bawah orang... ikut je arahan bos korang,
 jangan merungut depan2, merungut saja dengan Allah...
Dia lebih mengetahui yang mana baik dan mana yang buruk, 
sekarang aku pasrahh...
Aku bertekad untuk berhenti kerja...
Tapi what reason nak cakap kat mak abah?? :'(
Hurmm, aku rasa maybe hari ni hari terakhir aku bekerja kat sini...
Aku rasa biarlah pengalaman pertama aku kerja, 
berakhir sampai di sini sajeee...
Selamat tinggal tempat kerja :'(

Dear, thanks dengar luahan saya untuk hari ni...
Thanks a lots Dear...

ILOVEYOU DEAR!!
ILOVEYOUSAYANG!!

Assalamualaikum...














Thanks sudi baca Diary saya. Saya nak awak comment sikit, bole? ^_^


Old things